Halaman

Jumat, 01 Oktober 2010

MAKANAN KESUKAAN................

Tahukah anda tentang masakan rendang?
Mungkin diantara kalian menyangka bahwa rendang adalah salah satu masakan tradisional yang diperkrnalkan oleh masyarakat melayu di negara ini.
Sebenarnya rendang merupakan masakan asli yang diperkenalkan oleh masyarakat Minangkabau. Masyarakat tersebut terkenal dengan suka merantau dan berniaga. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu sejak dahulu lagi dan mula bertapak di Negeri Sembilan. Maka dari situlah rendang mula diperkenallkan.
Rendang minang ataupun Padang yang dijual di restoran Padang warnanya agak kehitaman dan boleh disimpan lama. la  tidak cepat basi dan  menggunakan kerisik dan santan pekat yang agak lebih. Rendang ini biasanya menggunakan daging buku.
Daging yang  paling gemar digunakan ialah kerbau, kerana di tanah Minangkabau kerbau begitu berharga berbanding lembu. Apa yang  membedakan  rendang  minang dengan rendang  Melayu  kita ialah  bau  dan rasa  daun salam. Ramuan lainnya  lebih  kurang sama, tinggal lagi mereka tidak akan tinggalkan daun salam dan daun limau purut.
Kalau  mau   buat  rendang  yang bisa tahan  lama, sebaiknya kita rendangkan  dulu  santan sebelum di bubuh bahan-bahan lain sehingga naik minyak. Kemudian barulah kita masukkan ramuan dan daging. Makanya santan yang hendak direndang  hingga  naik  minyak itu  sebaiknya  yang  pekat. Rendang yang  cepat  basi   dikarena  percampuran air dan daging dengan santan yang direndang tidak mengikut kaedah yang betul.
Kita harus  ingat, merendang dan merebus  adalah  satu  kaedah  yang  berbeda. Merendang  bukan  bermakna mengeringkan santan dan air daging, tetapi merendang  santan  dari pada awal proses memasak rendang hingga merendang dagingnya.
Satu lagi, rendang kalau tidak dibubuh lengkuas yang banyak, ia tidak bukan namanya
masakan rendang. Selain lengkuas, bawang merah, bawang putih, halia, cili, daun
kunyit danserai, ada juga yang suka mencampurkannya denganrempah buah keras
seperti ketumbarjintan. Buah keras juga dikatakan sebagai salah satu agen dan
mengelakkan rendang cepat basi.

Rendang Daging Pedas

BResep rendang daging pedas. Menu Lebaran Haji 
bahan Untuk Membuat Rendang Daging  Pedas:
  • Daging sapi 1 kg, potong sesuai selera.
  • Kelapa 2 bh diambil santannya.
  • Lengkuas 1 ruas.
  • Serai 1 btg.
  • Daun kunyit 2 lbr.
  • garam, gula secukupnya,
Bumbu halus:
  • Bawang merah 15 bh.
  • Bawang putih 5 bh.
  • Ketumbar 1sdm
  • Kunyit 1 ruas.
  • Cabai merah giling 100 gram (Sesuai Selera).
Cara memasak Makanan Rendang Daging  Pedas::
  1. Tumis bumbu halus dan lengkuas, serai, daun kunyit sampai harum.
  2. Masukkan potongan daging, aduk-aduk tambahkan santan, aduk-aduk masak sampai santan mengering dan daging empuk.
Sumber : www.myonlinerecipe.com 
http://www.scribd.com/doc/19100420/Asal-Usul-Rendang 
http://www.resepkomplit.com/resep-aneka-masakan-padang-rendang-daging-pedas.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar